♥ followers ♥

♥ fb page ♥

Wednesday, April 24, 2013

sejarah Areeza Shop

Assalamualaikum semua.

rasanya macam dah berabad lama fae tak berceloteh di sini. kebanyakkan bila sign in je belog ni terus update stok tanpa banyak bicara. kemudian meninggalkan belog ni terkontang kanting. alahai kesian. bukan apa rasa macam tak sempat sangat nak taip sepatah dua kata. ewah gituuuu! :P

taktau apa mimpi hari ni tetiba rasa macam nak celoteh sikit dan nak cerita sikit perkembangan AreezA Shop serba sedikit kat korang. tapi taktau la ada yang baca atau tidak. nevermind la. janji apa yang terbuku dapat dikongsi bersama korang semua :)

dulu masa mula-mula nak start bisnes online ni dalam kepala kemain banyak berfikir, 'eh, boleh ke aku buat bisnes ni?boleh jalan ke?ada orang nak beli ke dengan aku' ye, kalau kita tak mencuba mana la kita tau hasilnya, ye dak? 

1stly, fae hanya jual dekat ofis sahaja yang ada 3org perempuan termasuk fae. mula tu sebab nak test market je. then promote dekat kawan-kawan dekat fb. mulanya macam nak jual dekat kawan-kawan je. tapi bila dah promote dekat kawan-kawan, terus diorang minta untuk upload dekat fb. yela, masing-masing stay jauh-jauh macam mana nak jumpa kan. terus rasa why not fae upload je dekat fb, kalau bukan kawan fae, orang lain pun boleh tengok kan. -,-

maka pada tarikh 18 March 2012 fae create page AreezA Shop untuk permulaan bagi bisnes fae. kemain lagi fae study nak buat semua ni sebab takda pengalaman n tak terfikir langsung nak buat semua ni. ni semua idea incik tunang merangkap suami fae sekarang ni. sebab sebelum ni tak terfikir langsung nak buat bisnes jual tudung ni.

semuanya bermula bila incik suami menyatakan hasratnya untuk menjual tudung. macam pelik kan tapi tu lah yang sebenarnya. dia bagitau dia nak jual tudung tapi taktau nak meniaga. yela kan, org lelaki nak jual tudung dekat sapa kalau tak ramai kawan perempuan. so dia mintak fae yang tolong jualkan dan dia akan keluar modal. so fae fikir why not kita cuba kan. untung rugi belakang cerita. 

untuk perrmulaan fae buat dengan adik ipar. fae promote dekat ofis tempat fae bekerja dan adik ipar pulak promote dekat ofis tempat dia bekerja. malam tu masing-masing excited sangat sebab memikirkan ada ke orang yang nak beli tudung-tudung ni kan. tapi,

Alhamdulillah, 1st day bawak kemain lagi lakunya. masa tu jangan cakaplah memang rasa terharu dan semangat nak meniaga tu makin membuak-buak sampaikan satu tahap setiap minggu kami akan ambil stok baru. Alhamdulillah.

bisnes ni makin lama makin dikenali kawan-kawan dengan adanya fb page maka lagi mudah bisnes ni nak handle. sesiapa yang nak order mereka akan refer page sahaja. liker di fb juga makin meningkat. terharu jugak tengok walau tak seberapa.

kemudian sampai ke satu tahap, fae terpaksa stop sekejap untuk bisnes ni sebab nak buat preparation for my wedding. mulanya lepas wedding nak sambung balik tapi almaklumlah bila dah berumah tangga komitmen bertambah ke arah lain pulak. banyak benda perlu diuruskan.

lastly, bulan 2 hari tu fae dah berhenti kerja. bila difikirkan balik mesti bosan stay dekat rumah tanpa buat apa-apa kerja. sebabnya sebelum ni dah biasa kerja kan. dalam keadaan yang pregnant ni fae kerja banyak berehat dekat rumah jugak. tetiba terfikir balik," kenapa aku tak continued je bisnes aku yang dulu?" terus bagitahu incik suami hasrat dihati dan diterima baik olehnya. syukur.

maka dengan itu, fae mulakan balik bisnes online ni dengan mencari balik customers lama dan update apa yang patut. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan tu sehingga ke hari ini sambutan menggalakkan sehingga fb page dah mencapai ke angka 1k. mungkin ini rezeki baby juga. syukur.

apa yang boleh fae simpulkan disini, dalam apa jua keadaan, kalau kita nak maju haruslah berusaha keras untuk mencapai apa yang kita hajati. bukan sekadar hangat-hangat taik ayam sebab fae juga bermula dari bawah dan fae tau bagaimana susahnya untuk kita mencari rezeki dan mencari tapak untuk maintain ke tahap ini. usaha tu lagi penting. In Shaa Allah. doakan semoga fae terus success ya. :)

EMAIL : areezashop@gmail.com


No comments:

Post a Comment